Friday, August 26, 2011

Gersang

Gersang bumi tanpa hujan
Gersang hati tanpa iman
Gersang jiwa tanpa amal
Gersang akal tanpa ILMU

Thursday, August 25, 2011

Mencari kejayaan

Orang-orang yang berjaya ialah orang yang menjadikan atau menyebabkan sesuatu terjadi kepada diri mereka (Bercita-cita - berusaha mencapai cita cita - berfikiran positif - berdoa agar dimakbulkan cita citanya).

Manakala orang-orang yang gagal ialah orang yang membiarkan sesuatu terjadi tanpa melakukan apa-apa tindakan.

" Winners make it happen while losers let it happen"

Thursday, August 11, 2011

Berdosa kerana menyembunyikan ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda; Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya, maka ALLAH akan merantainya di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Nota : Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang tidak mensyirikkan ALLAH SWT, berkaitan Al-Quran dan Sunnah, Perubatan Islam dan sebagainya yang bertujuan baik untuk muslimin dan muslimat di dunia dan juga akhirat. Namun sesuatu ilmu yang dikhuatiri boleh membawa pemesongan pemahaman dan akhidah, boleh disembunyikan (daripada yang bukan ahlinya ) bagi mengelakkan kesesatan ummah.